Keadilan iklim
Keadilan iklim

Keadilan iklim

Keadilan iklim bermaksud pembahagian dan perkongsian kebaikan, beban serta tanggungjawab menangani perubahan iklim secara adil dan saksama antara semua individu. Konsep keadilan iklim melihat perubahan iklim antropogenik bukan sahaja sebagai satu isu alam semula jadi atau teknikal, malah juga sebagai satu isu etika, perundangan dan politik. Keadilan iklim memastikan bahawa pembahagian kesan perubahan iklim yang tidak saksama dapat diseimbangkan dengan memerlukan pencemar membayar pampasan terhadap kemusnahan alam sekitar yang disebabkan oleh tindakannya (berdasarkan prinsip pencemar membayar)[1]. Hal ini adalah kerana golongan yang paling terkesan dengan perubahan iklim (kebanyakannya dari Global South) biasanya menyumbang paling sedikit terhadap perubahan iklim.[2]Keadilan iklim juga berkaitan dengan keadilan alam sekitar dan sosial, egalitarianisme, hak asasi manusia, hak kolektif serta ligitasi perubahan iklim.[3] Pada 2017, sebuah laporan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenal pasti 894 tindakan perundangan iklim yang sedang berlangsung di seluruh dunia.[4] Keadilan iklim turut merupakan aspek asas SDG ke-13 (Tindakan Terhadap Iklim) di bawah Agenda 2030 PBB.Penggunaan dan populariti istilah ini kian meningkat kebelakangan ini. Salah satu faktor utama ialah kebangkitan pergerakan akar umbi seperti Fridays for Future, Ende Gelände dan Extinction Rebellion. Tumpuan khas diberikan kepadaperanan Most Affected People and Areas (MAPA),[5] yang merujuk kepada golongan yang terkesan terhadap perubahan iklim secara tidak seimbangnya, seperti golongan wanita, etnik minoriti, pemuda, warga tua dan golongan miskin.[6] Golongan yang sering diabaikan seperti golongan berpendapatan rendah, peribumi dan orang kulit berwarna biasanya menghadapi kesan yang terburuk akibat perubahan iklim walaupun sumbangannya terhadap perubahan iklim sangat kurang sahaja.[7][8][9] Keadaan perubahan iklim turut akan menyebabkan ketidakseimbangan masyarakat bertambah buruk.[10][11][12]Sesetengah pendekatan keadilan iklim menekankan keadilan transformatif manakala terdapat juga pendekatan yang mementingkan mitigasi perubahan iklim. Bagi pihak yang mementingkan keadilan transformatif, mereka berpendapat bahawa ketidakadilan iklim mencerminkan ketidakadilan struktur dalam masyarakat, contohnya golongan yang terabai lazimnya tidak berpeluang untuk terlibat dalam rezeki yang bertahan sewaktu perubahan iklim. Oleh itu, tindakan iklim mestilah menangani ketidakseimbangan struktur kuasa dalam masyarakat dan tidak mengulangi atau memperkasakan ketidakadilan ini. Hal ini menyentuh prinsip keadilan teragih dan keadilan prosedur. Bagi pihak yang menekankan mitigasi perubahan iklim pula, mereka berpendapat bahawa usaha untuk mengawal perubahan iklim di bawah had tertentu, seperti sasaran 1.5 °C yang terkandung dalam Perjanjian Iklim Paris, adalah diperlukan kerana impak perubahan iklim yang serius akan menyebabkan ketidakadilan berlaku dalam ramai populasi dan generasi yang akan datang.[13] Tambahan pula, terdapat juga pihak yang berpendapat bahawa sekiranya implikasi sosial yang disebabkan oleh langkah-langkah mitigasi perubahan iklim, masalah ekonomi dan sosial yang serius akan berlaku serta perubahan yang diperlukan akan diperlahankan.[14] Oleh itu, mereka mencadangkan agar langkah-langkah yang mengurangkan pembebasan gas rumah hijau secara adil, juga dikenali sebagai "peralihan adil",[15][16] haruslah dilaksanakan dan diutamakan kerana cara tersebut adalah lebih baik, lebih adil, lebih menurut etika dan lebih efektif serta serasi dengan hak asasi manusia.[17][18][19]Secara amnya, idea keadilan iklim boleh dibahagikan kepada tiga prinsip: